Linkies

shoutmix

Java

Cursor

Madah Mutiara

.

.

Thursday

Keputusan STPM 2013 Sudah Diumumkan :)

       Yeahh !! dah dapat result STPM 2013.. Syukur alhamdulillah walaupun tak seberapa banyak yang nak dicapai.. dapat pointer 2.58.. Ok, hanya lepas syarat kemasukan..I'm realised about that.. Saya ambil subjek Pengajian Am, Pengajian Perniagaan, Sejarah dan Seni.. Seni ni yang banyak membantu dari segi pointer.. Mula2 nervous juga nak tahu keputusan penuh.. Tapi, saya redha dan terima dengan hati terbuka :) Kerja Kursus yang selalu berhempas pulas semasa Sem 2 membuahkan hasil walaupun letih, tak tidur malam, kena reject,kos bahan tinggi dan lain2.. Harap2 ada la rezeki nak masuk kos yang sesuai di Universiti nanti.. 

       Nak tahu minat saya?? Ok, saya minat Fotografi, Jurukamera, ICT dan Pengurusan Pejabat.. Mula2 nak minta kos ICT, tapi syarat dy nak kne ada Matematik dalam Ijazah Sarjana Muda bagi lepasan STPM.. Hurmm, memang tak lepas la.. Terpaksa pilih kos yang sesuai.. Dan, saya selalu cari info mengenai kos Jurukamera TV... Tapi, terdapat pelbagai pilihan dan cabang yang ada.. Tak tahu mana satu yang ok.. Ada juga minta pendapat daripada kawan2 melalui group di FB, tanya orang yg dah masuk kos tu.. Harap2 betul la kos yang dipilih tu.. Saya ni jenis suka berada di belakang tabir.. Tak suka menonjol sangat.. Tapi, saya akan lebih komited dengan kerja tersebut.. 

       Antara kos yang dicadangkan oleh kawan2, saudara, dan semua yang terlibat ialah Komunikasi Massa (MASCOM), Hubungan Komunikasi, Penyiaran, Fotografi dan Media Kreatif, dan Perfileman.. Aduhh, ramai yang kata semua ni ada kait rapat.. MASCOM ni banyak major course..tapi, pilihan yang mana?? Harap2 dapat la petunjuk untuk membuat pilihan yang tepat.. Amin.. Dah dapat result full ni saya terus isi UPU.. Berjam2 juga la tak tidur2 sebab nak cari kos yang sesuai.. Nak tanya bahagian Admission melalui email tapi Inbox dorang exceeded.. Perghhh, ramai juga yang tanya yea.. haha. Mudah-mudahan dapat yang terbaik untuk diri ni dan saya sentiasa bersyukur dengan rezeki Allah.. Alhamdulillah. ^_^

0 komen:

Post a Comment