Linkies

shoutmix

Java

Cursor

Madah Mutiara

.

.

Saturday

Tidak Berbunyi Daripada Salah Satu Output Speaker



Salam semua.. sekarang ni tengah frust sebab speaker portable saya tak bunyi sebelah kanan.. Bila pusing kabel speaker ke arah kiri baru bunyi, kalau arah kanan atau lurus memang tak akan bunyi langsung.. ada 3 punca kabel iaitu USB power, headset output dan kabel output speaker kiri... Secara logiknya, kesemua kabel ni berfungsi dengan elok kerana :
1. USB power berfungsi untuk menghidupkan bunyi speaker..
2. Headset output juga berfungsi kerana bunyi ada pada speaker kiri kecuali kanan yang kadangkala tidak berbunyi..
3. Jika wayar putus pada speaker kanan mengapa speaker kiri boleh berbunyi dengan sempurna?

Nak buka cover speaker tak boleh sebab tak ada skru pada badan speaker tu.. Jadi, susah nak baiki sama ada wayar terputus atau tidak? Sebelum ni saya boleh baiki headphone sebab covernya boleh buka.. Saya ada alat soldering iron untuk mencantumkan wayar yang terputus...Tapi untuk speaker ni tak reti pula nak buka cover.. huhu..

Ok. Mengikut pengalaman saya membaiki headphone.. Punca yang dapat dikenalpasti jika hanya sebelah output yang berbunyi adalah kerana wayar yang menyambungkan amplifier terputus atau longgar.. Maksudnya, wayar speaker kiri dan kanan sudah melekat dan disambungkan pada amplifier...Tetapi, kedua-dua wayar tersebut tidak melekat pada amplifier... Sebab tu hanya sebelah sahaja yang berbunyi.. Jika nak baiki korang perlu ada soldering iron tau.. Masalah sekarang ni saya tak tahu bagaimana hendak buka cover speaker...arghhhhh!! takkan nak kepak pula..mesti ada caranya.. Tiada tutorial nak buka cover speaker jenis Divoom ni..hehe.. Harap2 korang boleh tau masalahnya serba sedikit jika hanya sebelah sahaja yang berbunyi :)

# Kalau tahu cara nak buka cover speaker boleh kongsikan..

0 komen:

Post a Comment